Saturday 26 January 2013

SAGU GULA MELAKA


Bahan-bahan:
50gm sagu (rebus dahulu)
3 sudu teh santan
2 sudu teh gula melaka
2 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara Memasak:
1. Masukkan sagu yang telah direbus ke dalam acuan dan sejukkan.
2. Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
3. Selepas mendidih, tutup api dan keluarkan daun pandan. Sejukkan.
4. Dalam periuk lain, masukkan gula melaka, daun pandan, dan air. Masak hingga gula hancur.
5. Buang daun pandan, tapis dan biarkan sejuk.
6. Cara menghidang, keluarkan sagu dari acuan dan letak dalam mangkuk atau pinggan.
7. Siram santan dan air gula melaka ke dalam bekas yang berisi sagu tadi.

No comments:

Post a Comment