Bahan2:
600gm sotong
500ml air
4 biji telur
2 biji bawang besar (dicincang)
1 biji cili hijau (dicincang)
1 biji cili merah (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris)
4 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula pasir
½ sudu teh serbuk lada hitam
100ml minyak masak
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1.
Pukul telur dan masukkan separuh daripada
bawang, cili hijau, cili merah dan garam hingga rata.
2.
Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur
dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
3.
Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan permukaan
atasnya dengan lidi agar isinya tidak terkeluar. Ketepikan.
4.
Kemudian panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan separuh daripada bawang dan cili yang telah digunakan tadi hingga naik
bau.
5.
Masukkan rempah kari dan cili kisar. Apabila
garing, masukkan air. Dan apabila kuahnya separuh pekat, masukkan kicap, serbuk
lada hitam, garam dan gula pasir.
6.
Akhir sekali masukkan sotong sumbat. Kacau
sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Masukkan bawang besar yang
dihiris dan kacau hingga layu.