Wednesday, 29 January 2014

IKAN MASAM MANIS


Bahan2:
1 ekor ikan bawal
1 sudu makan tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji cili merah (dihiris)
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos plum
3 sudu makan sos cili
50ml air
1 sudu teh air limau nipis
Minyak masak
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
1.    Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 20 minit.
2.    Goreng ikan hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3.    Tumiskan bawang besar hingga garing.
4.    Masukkan sos tomato, sos plum, sos cili, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih.
5.    Setelah pekat, masukkan cili merah, garam dan gula.
6.    Akhir sekali tutupkan api dan masukkan ikan goreng ke dalam kuali dan kacau seketika.

No comments:

Post a Comment